Kota Belud juga dikenali sebagai "daerah Koboi Timu". Ini adalah kerana, kaum Bajau di Kota Belud mampunyai kemahiran menunggang kuda. Kaum Bajau menunjukkan kemahiran mereka menunggang kuda dan kerbau yang dihiasi dengan pakaian berwarna-warni setiap kali tibanya musim acara Tamu Besar Kota Belud.
Acara Tamu Besar Kota Belud diadakan sekali dalam setahun. Ianya merupakan satu acara tahunan yang menarik. Ini adalah kerana, penyertaan dalam Acara Tamu Besar ini bukan hanya melibatkan warga Kota Belud sahaja, tetapi merangkumi penyertaan dari luar daerah Kota Belud juga. Tamu Besar Kota Belud secara umumnya tamu terbesar yang diadakan di seluruh Sabah.
Pada masa inilah pelancong akan disajikan dengan kepelbagaian hasil produk rimba, tani dan kraftangan serta juadah makanan yang beraneka dari kuih muih tradisional sehinggalah kepada makanan yang pelbagai dan menyelerakan. Selain daripada produk rimba, tani, kraftangan dan juadah maknanan yang pelbagai, dalam acara tahunan ini juga masyarakat Kota Belud akan mempamerkan kebudayaan mereka dari segi pakaian, tarian dan juga nyanyian.
No comments:
Post a Comment