Kota Belud terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah 70 kilometer dari Kota Kinabalu ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta. Nama Kota Belud ini berasal daripada Bahasa Bajau, yakni "kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit". Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu. Selain itu, daerah ini juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu(ahad).
Penduduk di Kota Belud terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik. Antaranya ialah, Dusun, Bajau Samah, Iranun, Ubian dan kaum Cina. Meskipun penduduk di Kota Belud terdiri daripada pelbagai kaum, mereka tetap hidup dalam suasana yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama yang lain. Kepelbagaian Etnik dan budaya dalam kalangan masyarakat Kota Belud inilah yang menjadikan Kota Belud menjadi destinasi pelancong luar untuk berkunjung ke Kota Belud.
No comments:
Post a Comment